Cita-cita?? Masa muda-muda dulu perasan tak cikgu selalu tanye apa cita-cita korang semua?? Masa tu kita akan dengar bermacam-macam jenis pekerjaan kat dunia ni.. "saya nak jadi doktor"... tu cita-cita yang paling common sekali kita akan dengar... banyak lagi pekerjaan yang ada macam guru, pensyarah, jurutera, juruterbang.. Semua ni akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kita,,, tapi apa sebenarnya peranan cita-cita nie... adakah hanya impian yang tak kesampaian macam angan-angan mat jenin tu..?? Sebab kebanyakan orang tak akan menjadi apa yang dicita-citakan... tu sebab mereka tak nampak cita-cita mereka yang sebenar.. cita-cita ni penting sebab tanpa cita- cita kita akan terumbang-ambing, terkontang-kanting sebab kita tak tahu apa tujuan kita dan tak mempunyai semangat untuk mencapainya.. Dengan adanya cita-cita barulah kita menjadi seorang yang berwawasan dan tahu hala tuju serta berusaha sedaya upaya untuk merealisasikan apa yag dihajati...Kemudian, kite perlu menetapkan sasaran dan matlamat jangka panjang dan pendek dan merebut peluang yang ada untuk apa sahaja yang kita tetapkan. Biarlah cita-cita yang diimpikan itu bersesuaian dengan kemampuan diri supaya lebih mudah untuk dacapai... Akhir kata, semoga cita-cita anda kesampaian....
Friday, October 1, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)